Pamoga

Saturday, October 30, 2010

Ekspo Beli Barangan Malaysia di Melaka International Trade Centre. Pada 30/10/201010

Kedai kami masih lagi kosong kerana masih tak dapat Banting iklan yang di tempah.  Anak memakai baju sejuk kerana sejuk gila di dalam situ.

 Gambar anak bersama Artis Ali Mamak.
(ehsan... gambar dari handphone booth No 2 menjual Jus Mengkudu)
 Cenderahati (yang sempat tercapai tangan... macam tak caya je, artis sudi bergambar di booth kami) dari booth kami kepada
En Ali Mamak kerana kesudian bergambar di booth kami.
(ehsan... gambar dari handphone booth No 2 menjual Jus Mengkudu)

Friday, October 29, 2010

Ekspo Beli Barangan Malaysia di Melaka International Trade Centre. Pada 29/10/201010

 Semasa Pameran Produk Malaysia di MITC pada 29hb October 2010 bersamaan hari Jumaat 2010. Gambar anak bersama Kak Roshidah yang membantu kami dengan ehsan dan kasih sayang.  Terasa ibu bersama ana sewaktu di booth Nombor 4 Chocolate 1 Malaysia







Thursday, October 28, 2010

Ekspo Beli Barangan Malaysia di Melaka International Trade Centre. Pada 28/10/2010

Ini adalah booth kami setelah di setup pukul 9 pagi
 




Gambar bersama Mr Chai iaitu Bos/officer, vendor yang incharge setup booth, electrical bagi setiap booth semasa Ekspo Beli Barangan Malaysia di Melaka International Trade Centre.  Relaks aje dan mesra alam bos ni bila dah kenal.  Terima kasihlah kerana sudi bergambar bersama anak di booth kami.

Wednesday, October 27, 2010

Ekspo Beli Barangan Malaysia. Pada petang 27/10/2010

Alhamdulillah inilah booth yang kami dapat untuk berniaga di MITC.  Terima kasih kepada Pn Normah dari KPDNKK kerana sudi dan memberi kepercayaan kepada

Sunday, October 17, 2010

Pameran SDSI 15 - 17 Oktober 2010. Sempena Melaka Maju 2010

 Pameran SDSI di Kota Fesyen MITC.


Gambar anak bersama CREW Stage SDSI
Saya punya kedai chocolate di sebelah stage, setiap malam gempak dengan bunyi band dan ramai sangat para Peserta beserta Isteri dan anak-anak mereka yang lepak di depan kedai... pehhh... barulah tahu.... ramainya umat Melaka yang meminati Band.  Gambar produk belum dapat download kerana belum dapat lagi dari jurugambar team SDSI serta pelajar MMU.  Minta tolong ehsan mereka untuk mengambil gambar produk.. Sabarlah hati

Gambar anak termasuk juga gambar CREW Stage SDSI

Nama di bawah ini telah di jual semasa SDSI. Ini adalah nama pelajar 4 Bijak di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh.  Maaf ye, kena buat baru balik.... dan Alhamdulillah sambutan nama amat menggalakkan. Ramai pelajar yang order lagi nama mereka serta adik-adik mereka.  Terima kasihlah di atas keseronokan mereka menempah melalui anak. Since budak-budak sekolah, saya membenarkan anak membuat buku 3x5, bayar cikit-cikit... tapi yang nyata pembelian bertambah dan pembayaran.....  Tak mengapalah.... budak sekolah.... agar mereka seronok dan persahabatan persekolahan mereka lebih akhrab...berkawan-kawan..

Coklat yang di gunakan untuk tapak ialah SELBOURNE Milk Compound Choclate. Coklat yang di gunakan untuk huruf ialah SELBOURNE White Compound Choclate.
YUMMY

Monday, October 11, 2010

Permintaan kawan anak di Sekolah Rendah Ayer Keroh Melaka

 Ini adalah nama 2 kawan anak. Faiz dan Eirfan.  Dah siap awal bulan Oktober 2010. Maaflah lambat download gambar. Kesian, setiap malam kawan anak lihat di webnya tunggukan gambar ini di download ke web.  Minta maaf banyak-banyak ye....

Sunday, October 10, 2010

Jemputan Perkahwinan En Khairil dan Cik Fathiah di MBMB, Ayer Keroh pada 17hb Oktober 2010

Selamat Pengantin baru buat Khairil dan Fathiah.  Semuga berbahagia ke anak cucu. Terima kasih di atas jemputannya di Taman Muzaffar Syah, Ayer Keroh, Melaka yang akan di langsungkan di MBMB, Ayer Keroh pada 17hb Oktober 2010. ...

Insya'allah kami akan datang ke Majlis tersebut.  Cenderahati yang tak seberapa dari kami.

Coklat Selbourne Milk, Dark and White berintikan kacang Hazel, Almond dan Pistachio..
Jumpa di sana...di sana....

Saturday, October 9, 2010

Coklat yang di bawa ke Putra Jaya

Coklat yang di bawa ke Putra Jaya. Terima kasih dari kami. 
Coklat Selbourne Milk, Dark and White berintikan kacang Hazel, Almond dan Pistachio





Sunday, October 3, 2010

Jemputan Doa Selamat Menunaikan Haji dan Rumah Terbuka di Tmn Muzaffar Syah, Ayer Keroh pada Sabtu bersamaan 2hb Oktober 2010

Kek mengejut Kek Coklat Moist. Dapat jemputan pada Maghrib, 1hb Oktober 2010, maka tak sempat nak prepare apa-apa.  Datang tanpa buah tangan tak sedaplah pula. Maaflah tuan/puan yang menjemput.. Rupa tak se yummy rasa..
Kek Coklat Moist. Di lapisan tengah di letak SELBOURNE Milk Compound Choclate. Topping yang menyaluti kek dan tulisan di buat dari SELBOURNE White Compound Choclate.


Kek Coklat Moist. Ada 4 lapisan di dalamnya yang di letak SELBOURNE Milk Compound Choclate.  Tulisan dan topping yang menyaluti kek di buat dari SELBOURNE White Compound Choclate.

Resepi adalah sebiji mengikut/di ambil dari internet... Terima kasihlah yang memberi resepi tu... Fuhhhh... memang sedap gila...Cubalah... pasti tak rugi..

KEK COKLAT MOIST
Bahan-bahan
1 ½ cawan tepung gandum 1 cawan serbuk koko 1 sudu teh garam halus 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder (Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali) 1 cawan minyak jagung 1 ½ cawan gula halus 1 cawan susu cair 2 biji telur 1 cawan air panas mendidih
Cara-cara :- 1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. 2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati. 3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata. 4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati. 5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati. 6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna kek dah masak. 7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

 



Saturday, October 2, 2010

Hari Karnival Jualan 30hb September 2010 di Sek Keb Ayer Keroh, Melaka

Berikut adalah coklat yang di bawa pada Hari Karnival Jualan di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka pada 30hb September 2010.  Lolichoc yang paling awal di terjah murid-murid, terlupa di ambil gambar. Muffin Coklat dan tartlet juga tak sempat di posing di sini. Maklumlah baru nak belajar berniaga tak sempat nak tangkap gambar.