Pamoga

Monday, December 20, 2010

Hari Berbahagia di Lendu


Alhamdulillah... Selamat berbahagia buat pasangan pengantin Cik Juwairiah bersama pujaan hatinya En Hafiz di Lendu.. Terima kasih di atas tempahan & jemputan. Semuga Allah membahagiakan pasangan serta ahli keluarga yang pemurah.  Terima kasih sekali lagi..


Friday, December 17, 2010

Hantaran buat Cik Rahimah dari JKR Melaka

Terima kasih di ucapkan kepada cik Rahimah dari JKR Melaka kerana sudi membuat tempahan hataran dari Lovehomemade. 

Doa kami dari Lovehomemade :)
Semuga Sinar Kebahagiaan sentiasa menyerikan kehidupan cik Rahimah dan mendapat rahmat allah, amin. 
Note :-Maaf tema ana tak tahu biru bagaimana..., maka ana sediakan warna silver kerana ia boleh masuk dengan sebarang warna.
 Kek Lapis Batik Asam Manis
Lapisan atas kek adalah Milk Chocolate Selbourne manakala tulisan berwana biru adalah White Chocolate Selbourne.
Chocolate box lambang hati beserta coklat kecil di dalamnya

Sunday, December 12, 2010

SDSI 10 hingga 12 di MITC

Alhamdulillah.... Inilah booth yang kami dapat.  Terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri Melaka serta pihak-pihak berkuasa kerana sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk deliver produk kami kepada orang ramai.  Shukur kepada Allah kerana memberi rezeki yang melimpah kepada kami.
Gambar anak bersama rakan sekelas di Sek Keb Ayer Keroh. Dari siang sampai malam kawan si anak ni tunggu ana dapat menangkap gambar mereka berdua.  Maaflah agak sibuk berniaga.  Alhamdulillah..
Gambar agak kabur kerana kamera agak uzuur.. macam tuannya yang dah kepenaaatan.  Alhamdulillah kakak Shidah (di sebelah anak) (macam ibu saya) yang sudi membantu bersusah bersama kami.  Terima kasih di atas ehsan yang diberi.  Semuga allah memudahkan urusan kak Shidah sekeluarga, amin. Gambar produk tak di ambil kerana tak berkesempatan dan hari terakhir baru ada masa bergambar sekejap.

Kami menyediakan perkhidamatan untuk bunga paha pelamin di mana di gantikan telur puyuh kepada coklat dan telur ayam kepada coklat.  Hantaran yang berasaskan cokolat, doorgift, present, untuk berkat dan pelbagai lagi.