Pamoga

Friday, November 25, 2011

Marilah Kita Mengimarahkan Rumah Allah di Masjid Al-Azim Sabtu 26 November 2011

Salam dan selamat sejahtera kepada para pengunjung blog. Dah lama rasanya ana tak melabuhkan jemari di laman blog ini.  Semuga kita semua dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati Allah.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengihsankan kita dan memanjangkan usia untuk kita bertemu lagi.  Ana berdoa agar kita semua di panjangkan usia menyambut Tahun Baru Islam Awal Muharram 1433H.

Marilah kawan-kawan, sahabat handai, muslimin muslimah kita menghadirkan diri ke rumah Allah

di Masjid Al-Azim pada petang esok Sabtu bersamaan 26hb November 2011

bagi mengimarahkan lagi rumah Allah bagi kita mengakhirkan tahun ini bersama-sama membaca Doa Akhir Tahun.

Doa Akhir Tahun yang di baca 3 kali pada akhir waktu Asar atau boleh juga sebelum masuknya waktu Maghrib pada Sabtu ini bersamaan 26hb November 2011.
  



Maka berkatalah Syaitan :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .



Doa Awal tahun haruslah di baca selepas Maghrib Hari Sabtu ini bersamaan 26hb November 2011 sebanyak 3x. 



Maka berkatalah Syaitan :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".