Pamoga

Sunday, November 28, 2010

Pembelajaran Advance Chocolate dengan Chocolate Mould Resources Sdn Bhd. (879803V)

Atas nasihat dari Lembaga Koko Malaysia yang ingin memajukan ana... homemade chocolate... khususnya En Nazri yang banyak memberi moral support.. (maaf... lupeleee..nama ayah... bin ape ye...)

Alhamdulillah... di waktu ana perlukan rujukan... En Nazri tidak lokek masa untuk membantu... Terima kasih bebanyakk..


En Nazri yang memperkenalkan ana dengan
Chocolate Mould Resources Sdn Bhd. (879803V)  - Cikgu Amali. 
Alhamdulillah Cikgu Amali orang Melaka... Sanggup dia hantar barang ana waktu dia balik kampung tempohari.

Di sinilah ana menyambung Jurusan Advance Chocolate ana.. Alhamdulillah bersama Cef Ina yang murah dengan senyumannya... mengajar ana yang lemah ini.. Alhamdulillah di sinilah ana belajar men"generate" coklat pelbagai bentuk, teknik dan rasa..

 Terima  kasih leee... bebanyak kepada En Nazri dari LKM, Cikgu Amali dan Cikgu Ina... Semuga Allah jua yang membalasss...

Wednesday, November 17, 2010

Tempahan Perkahwinan dari Padang Jambu

Alhamdulillah...Terima kasih kepada Mrs & Mr..di Padang Jambu...Lupalah pula namanya.. Inilah dah lama tak masuk dalam blog. Gambar pun tah kemana-mana, maaflah . Tapi yang pasti Tuan/Puan yang sudi menempah door gift, dishes untuk meja pengantin, hadiah kepada keluarga pengantin lelaki, terima kasih banyak kerana memberi kepercayaan kepada kami. Walaupun kita berlainan bangsa, tetapi... kita adalah 1 Malaysia.

Tuesday, November 9, 2010

Coklat adalah satu sentuhan kasih sayang

 Gambar anak bersama Pegawai Yayasan Perwira Negeri Melaka.  Sedikit sumbangan dari kami. Beliau akan hantar sumbangan kami bersama sumbangan lain kepada Rumah Anak Yatim di Bemban, hari ini.
 Gambar anak bersama Pegawai Yayasan Pembangunan Insan Nasional (YPIN).  Sedikit sumbangan dari kami. Beliau akan hantar sumbangan kami bersama sumbangan lain kepada Rumah Anak Yatim di Sg Manggis di Banting, pada hari Raya Haji (17hb November 2010)


Dua dulang coklat untuk kanak-kanak istimewa

Sunday, November 7, 2010

Cheese Kek bersama Chef Ros Vanila

Sedap betul.... nyummyy.. Kek Cheese Bakar yang ana belajar bersama Chef Ros Vanila.  Sedap sungguh sehingga menjilat jari.
Ini gambar anak bersama Chef Ros Vanila yang sentiasa senyum bila mengajar... Tak rugi menimba ilmu masakan bersama Chef yang murah dan penyayang ni.. Yang untungnya anak manjaku... sedap ibu, sedap sangat. Terima kasih ibu... Tak berasa ralat buang duit, bila mendengar ucapan ikhlas kasih sayang dari anak manjeku... Peh... puitis le pulakk....hihihi