Pamoga

Friday, November 25, 2011

Marilah Kita Mengimarahkan Rumah Allah di Masjid Al-Azim Sabtu 26 November 2011

Salam dan selamat sejahtera kepada para pengunjung blog. Dah lama rasanya ana tak melabuhkan jemari di laman blog ini.  Semuga kita semua dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati Allah.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengihsankan kita dan memanjangkan usia untuk kita bertemu lagi.  Ana berdoa agar kita semua di panjangkan usia menyambut Tahun Baru Islam Awal Muharram 1433H.

Marilah kawan-kawan, sahabat handai, muslimin muslimah kita menghadirkan diri ke rumah Allah

di Masjid Al-Azim pada petang esok Sabtu bersamaan 26hb November 2011

bagi mengimarahkan lagi rumah Allah bagi kita mengakhirkan tahun ini bersama-sama membaca Doa Akhir Tahun.

Doa Akhir Tahun yang di baca 3 kali pada akhir waktu Asar atau boleh juga sebelum masuknya waktu Maghrib pada Sabtu ini bersamaan 26hb November 2011.
  



Maka berkatalah Syaitan :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .



Doa Awal tahun haruslah di baca selepas Maghrib Hari Sabtu ini bersamaan 26hb November 2011 sebanyak 3x. 



Maka berkatalah Syaitan :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Tuesday, October 4, 2011

Selamat Menjawab UPKK dengan tenang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Demam UPKK sekolah agama sedang melanda para ibubapa yang anakandanya di dalam darjah 5 di seluruh negeri di Malaysia minggu ini.  Walaupun tak lama hanya 4 hari iaitu Isnin hingga Khamis, tetapi..... tensiooonnn jugak ye...

Sesungguhnya Allah maha besar dan Rasulullah teramat cintakan umatnya, ana bersyukur ke hadratNYA ada juga insan-insan yang mulia ustaz dan ustazah KAFA yang sudi menabur budi membimbing anakanda-anakanda kita agar mampu mengatasi ujian kecil, dunia anakanda-anakanda kita.  Semuga Allah memudahkan segala urusan dan merahmati mereka semua, amin, amin, ya rabbal alamin.

Ana juga terpana dengan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) ini, almaklumlah... anakkkkkk ku tersayang sedang berpeluh menghadapi peperiksaan UPKK ini.  Ana juga bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih kepada JAIM yang sudi memperkenalkan ana kepada Ustaz Suhoffpi yang sudi meminjamkan buku rujukannya kepada anakanda belajar di saat akhir ini....... Subhanallah... 

Keputusan akhir tidak ana dambakan kerana adalah kesalahan ana tidak memberikan perhatian penuh kepada UPKK ini....

Maha besar Allah, Puji dan Syukur kepada Rasul tercinta.  Alhamdulillah dan Terima kasih, kerana sudi mengutuskan insan yang rendah hatinya membantu kami.... Inilah ajaran Nabi Muhammad, lagi banyak ilmu kita dan lagi banyak kita memiliki maka lagi lah kita merendah hati... Sungguh cantik dan indah sekali.  Semuga Allah mempermudahkan segala urusannya dan merahmatinya.

Anak- anak adalah harta akhirat kita, maka haruslah kita bijak dan bertanggung jawab memberikan, mencarikan ilmu dunia dan akhirat buat anakanda-anakanda kita yang dikasihiiii.  Berilah perhatian dan keluarkanlah modal (RM, kudrat, solat, doa dan sebagainya) untuk mereka sesungguhnya modal kita ni lah yang akan menentukan masa depan anakanda-anakanda kita.

Ya Allah, aku serahkan diriku, keluargaku, anakku, hartaku kepada Mu, tolonglah kami, permudahkanlah urusan anakku, semuga dia dapat menjawab UPKK dengan tenang dan betul.  Sesungguhnya kami tidak berdaya tanpa izinmu, amin, amin, ya rabbal alamin.

Tuesday, August 30, 2011

Pengedar Pamoga di Melaka

Selamat Hari Raya dari Lovehomemade buat semua pelajar-pelajar dan para pengunjung.  Di kesempatan ini, ana menyusun jari jemari memohon maaf sekiranya ada kesalahan yang ana lakukan di sepanjang perkenalan kita di blog ini mahupun di dalam kelas.

Semuga Syawal ini membawa sepenuh kegembiraan dan kemenangan kita sebagai umat islam yang berjaya melawan nafsu menunaikan fardu Ramadhan yang telah berlalu.

Suka ana maklumkan di sini bahawa kepada para pengunjung yang ingin mendapatkan ubat atau makanan kesihatan yang di ekstrak dari buah syurga iaitu delima boleh dapatkan PAMOGA dari ana Pengedar bagi kawasan Melaka.  Insya'allah dengan izin Allah dan usaha para pesakit akan mendapat kebaikan dan semuga sihat selepas memakan PAMOGA ini.






Tuesday, May 17, 2011

Rehatkan Minda

Alhamdulillah...


Lega rasa di hati bila dah lihat Final Projek student ana.... Boleh lee... sesapa yang nak tempah coklat...

Tunggu Kumpulan 1 untuk present Final Projek mereka... 
Apa ye gamaknya...

Saturday, May 14, 2011

Final Project Group 2

Today is a beautiful day....
Do you know why???

Ahaaaa..
Today is a day that I really want to know what will be my student present to me and the Koledge for their final project... ohhhh...

I wish Allah will bless and help them to fullfill their final project...amin.

Hari ini dengan penuh semangat.. pelajar-pelajar ana yang berdedikasi ini telah membuat Projek Akhir Chocolate mereka






  

Ini adalah hasil tangan pelajar ana dari Sabah... Menarik sungguh.. yang kecil tu Doraemon... Comel sangat-sangat...

Gambar Pelajar Chocolate Kumpulan  2


Inilah Gubahan Bunga Chocolate yang buat dan di gubah oleh Kumpulan 2

Ini adalah gambar anak bersama Pn Datin Sakinah Penyelaras Bahagian Kulinari - khas buat Kolej hasil tangan Pelajar Kumpulan 2
Chocolate. Projek Akhir Kumpulan 2

Berakhir sudah tugas ana terhadap kumpulan pelajar ini. 
Semuga ilmu yang ana curahkan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar ana.

Sesungguhnya...
Ilmu ini milik Allah yang dipinjamkan kepada ana.

If anybody love the chocolate that my student do... please don't hesitate to make your order...




Thursday, May 12, 2011

Keterujaan menunggu projek akhir student kumpulan 2

Apa agaknya...
What will Group 2 present for the last project.
Oh.... One of the best will be select to present to Kolej...
Pehh... Allah sahaja yang tahu, betapa risaunya...

Sesungguhnya... Allah mengetahui sebelum... dan sesudah...
Semuga allah memudahkan urusan pelajar-pelajar ana...amin.

Cadangan yang di usulkan oleh pelajar-pelajar ana...
Meja 1 kata, nak buat tumbuh-tumbuhan.
Meja 2 kata, nak buat bunga
Meja 3 kata, nak buat bunga paha
Meja 4 kata, nak buat haiwan

Peh... macam... takut je ana... kreatif sungguh my students.
Yang pastiiiii..... TUNGGUUUU...

Saturday, May 7, 2011

Kelas Mengajar Coklat Peringkat 3 (Kumpulan 2)

Hari ini ana akan mengajar teknik paste kepada pelajar ana..

Siapa lagi yeeee.....
IBU -IBU kita,,,.... Selamat Hari Ibu...
Kakak-Kakak kita.... Selamat Hari Ibu...
Adik-Adik kita.......... Selamat Hari Ibu...

Betapa sanggup mereka pagi-pagi bangun datang kolej sedangkan hari ini hari bercuti.... Menimba ilmu chocolate demi... anak-anak, insan-insan yang di kasihi... Begitulah pengorbanan ibu... peh... respect..

Ada student yang meminta FERRRERO ROOOOCHEEER....ye cikgu. Ppehhh.... nak sebut pun susah...

Ala-ala... Melayu je lah... FERRERO ROCHER versi Malaysia..... hihihi...

Ana juga mengajar proses terap menerap. 

Tuffle pehh... macam-macam bentuk...
Cikgu... saya punya cantik,... cikgu kami punya lagi cantik... cikgu kami pun cantik juga... 
Masing-masing memuji mereka punya cantik... almaklumlah... 4 kumpulan, 4 jenis cantik... kretif masing-masing......

Alamat raya tahun ni.... kuih raya di rumah students ana chocolate je lah......gamaknya..

Friday, April 29, 2011

Lepak pagi Jumaat.

Asalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pagi Jumaat nan indah ini, ana bersyukur kerana dibangkitkan semula untuk mengagungkan kebesaranNYA serta selawat Kasih Sayang kepada Junjungan kita Kekasih Allah, Rasulullah Muhammad Al-Mustofa Sallallahu 'Alaihi Wa Aalih.

Ana berdoa semuga semua umat Muhammad sentiasa berada di dalam kesihatan dan dimudahkan urusan harian.

Kasih sayang Rasulullah yang tak terhingga kepada kita umatnya yang membuatkan kita berada di dalam rahmatNYA.  Semuga bumi Malaysia sentiasa di dalam rahmahNYA.

Andai Ku Tahu

by Ungu
andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:


aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

chorus
ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

chorus
ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat. Di manakah kita?????


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit, sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Monday, April 25, 2011

Lamun kejap untuk hujung minggu ni.

Hari ini... tengah pikir... apa nak buat... nak buka kedai di Muar MEGA EKSPo pada hujung minggu ni... boleh ke tidak...
boleh... tidak.... boleh... tidak... boleh....

pehhhh....Jauhhhhhh.... rasenya tak larat nak pergi dan balik....
ish..ish.. ish..
Telefon dari organizer dah tak larat nak jawap.... bila ana nak bagi jawapan....

nak nangissss jap.....

Tanya sama pokok, apa sal goyang...
Nanti jawap pokok,... angin yang goncang....
Tanya sama langit apa asal hujan,
Nanti jawap langit... tanyalah awan..

Tanya sama hati..Tak tahuuuu...
ana konpiusssss

Sunday, April 24, 2011

Kelas Mengajar Coklat Peringkat 2 (Kumpulan 2)

Pagi ni ana bangun dengan keletihan...memacu kereta dengan pecutnya... ke destinasi yang harmoni... Merlimau...

Cikgu lambattttt sangat... Ramai murid dah tak senyum...
Ana memulakan bicara dengan murid-muridd.... seperti biasa...
Mak-mak kita.... kakak-kakak kita.... adik-adik kita....
Kita 1Malaysia, 1Malaysia...

Mengajar dengan penuh kasih dan sayang dan
apa yang penting....  KERJA SAMA,
apa yang penting....  KERJA SAMA.




Kelas hari ini lebih ceria dari semalam... opss... tapi ana duduk kejap-kejap... sebab... kaki tak tahan... letih semalam... masih berbaki...
hihihi... cikgu cengelat....

Seperti biasa...
Cikgu... ni boleh tak... cikgu kalau letak ni ada masalah tak?... cikgu warna ni kenapa tak cantik?.... cikgu sana dan cikgu sini....
Seronokkkkkk.....

Saturday, April 23, 2011

Kelas Mengajar Coklat Peringkat 2 (Kumpulan 1)

Pagi nan indah ini 23hb April ana memandu pantas untuk menuju destinasi yang agak jauh... nun di Merlimau.... Nak buat apa yeee.... hihhi...
Seperti biasa.... nak mengajauu... membuat chocolate...
Pelajar adalah terdiri dari...jeng..jeng...jeng...
Seperti biasa.... warga Merlimau... mak-mak kita... kakak-kakak kita.... adik-adik kita... 1Malaysia...1Malaysia...

Sampai.... je... dah ramai yang sampai...
Cikgu lambattttt....
Mulalah operasi mengjau...
Jeng...jeng... jeng...




Proses pengajaran bermula dari 8:00 pagi... berlarutan sehingga 1:00pm.
Empat meja dengan pelajar 6 orang pada setiap meja... pehhh.... berlanggar punggung nak lalu ke setiap meja...yang beri alarm.... SOS....

Non stop... teman tak duduk walau seminit...
Bantuan dihantar... suara... peh... kena kuat nanti yang belakang tak dengar, sakit tekak juga ana di buatnya...
Cikgu... tolong lihat ni.. cikgu.. boleh tak macam ni... Cikgu... cantik tak... Cikgu... betul tak macam ni...
Seronok... menjadi wanteeeed....

Sunday, April 10, 2011

Kelas Mengajar coklat Peringkat 1 (Kumpulan 2)

As usual as yesterday but... the different are the students... our new students..but same scenario as before.. our mothers, our elder sisters, our younger sisters.... our belovedd...

We started with getting knowledge with do and cannot do while making the chocolate. Some people like to do.. 2 things in the same time but the chocolate is different. It is very sensitive with the smell, such like sambal, oil of the fried food or such thing. 

In other words....
We cannot eat while doing the chocolate..

Getting known students with tools to do chocolate, shop where to buy the tools, kind of chocolate, mould and such on. The price to sell and.....  




Times up..
Almost 2 o'clock.. after clean the class... time to go back to home sweet home..

Saturday, April 9, 2011

Kelas Mengajar coklat Peringkat 1 (Kumpulan 1)

Pagi ini 9hb April, Ana harus mengajar di ..... jeng..jeng... jeng...
Di mana....cuba teka?...hihihi
Di Merlimau.. 1Malaysia..

Pelajar... peh.. ramai... 4 meja dengan bilangan pelajar 6 atau 7 orang.  Pack jugalah tempat...maklumlah kelas praktikal ini kena banyak berjalan...Accident yang tidak disengajakan kerap berlaku.. kawasan curam, selekoh tajam... banyak pula selekoh tajam... hihihi... halal jelah.. dan memaafkan...hihihi

Peti aisnya BESAU... tapi... tak sejuk... hihii...
cikgu...macam ni ke?... cikgu saya simpan dari tadi tapi tak masak?...cikgu.. napa lama sangat nak masak?.... hihih.... yang lucunya... ana faham... masak is equivalent with beku... biasalah ragam anak murid... yang ana kena respect mereka... kerana...hihihi

jeng...jeng,,, jeng... siapa anak-anak murid ana ye... Cuba teka?.. hihihi.. Baiklah...Memperkenalkan...mak-mak kita...kakak-kakak kita... adik-adik kita...

Semangat cintakan ilmu tidak mengiria darjat dan pangkat .... Cinta tak mengenal umur...hihihi..

Tuesday, April 5, 2011

Jemputan ke Ekspo Kecantikan & Kesihatan di Melaka pada 8 hingga 10 April 2011

Salam.. dan Selamat Sejahtera...
Adalah saya,  Rakyat Malaysia, dengan sukacitanya, menjemput
Tuan dan Puan, Cik dan Encik, Anak beranak, Rakan Taulan, Suku sakat.... hihi... segala yang bernama manusia... hihi...
Sudilah serta marilah kita meramaikan MITC pada 8 hingga 10 April 2011
Ada apa ye.... Jeng jeng jeng....
Hari Kecantikan dan Kesihatan untuk Warga Malaysia.....
Jemput... jemput... jemput masukkk ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah....


Sekian.... terima kasih daun keladi...hihhi...

Kasi panas sikit

Let we talk about climbing.  Mountain climbing, wall climbing dan cucu cicitnya..  Sendulu memang teman ni agak-agak aktif jugak le.  Rakan Muda... Cinta Alam... cite dulu-dulu lee...

Laaa... nii citeee dan masa si manja pula leee..

Ni diaa... cikgu or trainer  with always give his sweet smile.  Mengajar teknik safety belt di tempat tinggi, teknik memakai tali yang dapat menampung berat badan, hook, pemakanan sebelum mendaki.  Do and don't  while climbing....rules number 1, rules number 2, rules number 3 and so on...

Bersama... Encik Alif Lim atau senang di panggil En Bird...

Saja bagi panas kat anak.. sedap je keeping colestrol everyday.  
Hari ini adalah hari santai si anak dalam erti kata..... Kasi panas dan bakar lemak-lemak terkumpul.. hihi..

 Gambar anak bersama MR Bird atau nama islamnya Alif Lim dari Work at Height Trainer. Takut-takut kalau terjatuh kerana kaki akan tidak menanggung berat badannya.. Mr Alif Lim standby untuk menampung berat si anak..

  Larat ke Mr Aliff Lim atau Mr Bird nak tarik anak ibu yang sihat ni...hihihi


 Post istimewa Mr Alif Lim bersama si manja.... Kenangan gitu...

Gambar si manja melepaskan tangan dan tanggungan berat badan di tanggung oleh En Alif dengan hanya menarik safety belt sahaja.  Berjaya rupanya ... Si manja ni di tahan dari terjatuh oleh Mr Bird.  Perkasa juga Mr Bird ni...

Peh.. kalau di lepaskan... alamat nangka jatuh ke tanah le... hihii

Tali yang mengikat di badan para climbing ini adalah di buat kuat di mana ia boleh menampung berat bertan-tan...

Moral of the story... come to join wall climbing.  Don't be hesitate to show your skill to climb because there have a lot of things and technics that can help to protect you safely and confidently.

Saturday, April 2, 2011

Santai...

Semalam bersantai membuat kek, pehhhhh..... Ini adalah hadiah buat anak manjaku yang setia menemaniku dalam susah dan senang..
 Jeng-jeng.... ini kek Hari Polis buat jiranku seorang polis yang terlalu baik. Sebaris rumahku semua polis... Nak bagi semua rumah sempena hari polis... malulah pulak... hihi... tak cukup modal... Insya'allah kalu rezeki murah... apa salahnya..kan..
Ini kek coklat... sedap.. anak ana kata, sebab lebihnya tu... ana buat cup cake...


Jeng-jeng.. ini kek... pertunang Mr Harun & buah hatinya Cik Rosnah.. Selamat berbahagia selalu.

Friday, March 4, 2011

SUSU ILHAM TERAPI AL-QURAN

 Kismis mempunyai khasiat seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius
Badam telah dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist.  Vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi fosforus di dalam keju.  Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi.
Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka

 
Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

Thursday, March 3, 2011

Hadiah buat insan istimewa di Batu Berendam

Alhamdulillah... Encik (lupalak namanya) dari Badan Kebajikan anak yatim di Batu Berendam kerana sudi membawa hadiah kami kepada kanak-kanak istimewa... Nak beri duit... tak mampu hihii... Semuga chocolate kami dapat membawa kegembiraan di hati kanak-kanak istimewa itu dan selamat maju jaya.
Gambar anak bersama Pegawai Badan Kebajikan di Batu Berendam, terima kasih di atas kesudian membawa juadah chocolate kami kepada kanak-kanak istimewa.

Saturday, February 12, 2011

Roti Enak

Aroma roti amat menusuk bulu roma hidungku.. pehhh... marilah menjamu selera. Membuat roti ini penat tetapi... nak mencari rezeki yang halal lagi toyyibah...

Seperti nasihat ayahanda tercinta kepada puteri kesayangan kita (Nabi Muhammad SAW kepada Fatimah Az-Zahra)
1). Ya, Fatimah. Kepada wanita yg membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.

2). Ya, Fatimah. Kepada wanita yg berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan antara dirinya dan neraka 7 tabir pemisah.






Saturday, February 5, 2011

Berkuliah bersama Bakeri Chef Farid


Alhamdulillah... sesat barat mencari bilik kuliah... Terima kasih kepada Chef Farid kerana sudi meng guide jalan dan sudi menjemput kami separuh jalan.. Banyak bil telefonnya yang asyik return call kami yang kehabisan credit... Bertuah betul anak murid Chef Farid, ni...hihihi.. Maklumlah teman tak mahir jalan di KL tu...hihihi..

Gambar para pelajar yang menuntut ilmu di Chef Farid Bakeri Akedemi. Meriah betul belajar di sini, Chef team kami yang lelaki tu...hihihi.. team kami dua orang lelaki... Masa tu demam Harimau Malaya menang Piala AF... pehhh.. habis bola-bola roti yang masuk gool...hihii...
 Gambar anak bersama adik Chef Farid, tak sempat bergambar bersama Chef Farid dengan motor Harley Davidsonnya... Pehhh... anak teringin nak bergambar dengan motor besauuu tu..


 
 


Gambar anak bersama Chef Ina yang sentiasa tersenyum mengajar kami.