Pamoga

Friday, March 4, 2011

SUSU ILHAM TERAPI AL-QURAN

 Kismis mempunyai khasiat seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius
Badam telah dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist.  Vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi fosforus di dalam keju.  Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi.
Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka

 
Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

Thursday, March 3, 2011

Hadiah buat insan istimewa di Batu Berendam

Alhamdulillah... Encik (lupalak namanya) dari Badan Kebajikan anak yatim di Batu Berendam kerana sudi membawa hadiah kami kepada kanak-kanak istimewa... Nak beri duit... tak mampu hihii... Semuga chocolate kami dapat membawa kegembiraan di hati kanak-kanak istimewa itu dan selamat maju jaya.
Gambar anak bersama Pegawai Badan Kebajikan di Batu Berendam, terima kasih di atas kesudian membawa juadah chocolate kami kepada kanak-kanak istimewa.