Pamoga

Friday, March 4, 2011

SUSU ILHAM TERAPI AL-QURAN

 Kismis mempunyai khasiat seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius
Badam telah dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist.  Vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi fosforus di dalam keju.  Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi.
Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka

 
Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

Thursday, March 3, 2011

Hadiah buat insan istimewa di Batu Berendam

Alhamdulillah... Encik (lupalak namanya) dari Badan Kebajikan anak yatim di Batu Berendam kerana sudi membawa hadiah kami kepada kanak-kanak istimewa... Nak beri duit... tak mampu hihii... Semuga chocolate kami dapat membawa kegembiraan di hati kanak-kanak istimewa itu dan selamat maju jaya.
Gambar anak bersama Pegawai Badan Kebajikan di Batu Berendam, terima kasih di atas kesudian membawa juadah chocolate kami kepada kanak-kanak istimewa.

Saturday, February 12, 2011

Roti Enak

Aroma roti amat menusuk bulu roma hidungku.. pehhh... marilah menjamu selera. Membuat roti ini penat tetapi... nak mencari rezeki yang halal lagi toyyibah...

Seperti nasihat ayahanda tercinta kepada puteri kesayangan kita (Nabi Muhammad SAW kepada Fatimah Az-Zahra)
1). Ya, Fatimah. Kepada wanita yg membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.

2). Ya, Fatimah. Kepada wanita yg berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan antara dirinya dan neraka 7 tabir pemisah.






Saturday, February 5, 2011

Berkuliah bersama Bakeri Chef Farid


Alhamdulillah... sesat barat mencari bilik kuliah... Terima kasih kepada Chef Farid kerana sudi meng guide jalan dan sudi menjemput kami separuh jalan.. Banyak bil telefonnya yang asyik return call kami yang kehabisan credit... Bertuah betul anak murid Chef Farid, ni...hihihi.. Maklumlah teman tak mahir jalan di KL tu...hihihi..

Gambar para pelajar yang menuntut ilmu di Chef Farid Bakeri Akedemi. Meriah betul belajar di sini, Chef team kami yang lelaki tu...hihihi.. team kami dua orang lelaki... Masa tu demam Harimau Malaya menang Piala AF... pehhh.. habis bola-bola roti yang masuk gool...hihii...
 Gambar anak bersama adik Chef Farid, tak sempat bergambar bersama Chef Farid dengan motor Harley Davidsonnya... Pehhh... anak teringin nak bergambar dengan motor besauuu tu..


 
 


Gambar anak bersama Chef Ina yang sentiasa tersenyum mengajar kami.


Monday, December 20, 2010

Hari Berbahagia di Lendu


Alhamdulillah... Selamat berbahagia buat pasangan pengantin Cik Juwairiah bersama pujaan hatinya En Hafiz di Lendu.. Terima kasih di atas tempahan & jemputan. Semuga Allah membahagiakan pasangan serta ahli keluarga yang pemurah.  Terima kasih sekali lagi..


Friday, December 17, 2010

Hantaran buat Cik Rahimah dari JKR Melaka

Terima kasih di ucapkan kepada cik Rahimah dari JKR Melaka kerana sudi membuat tempahan hataran dari Lovehomemade. 

Doa kami dari Lovehomemade :)
Semuga Sinar Kebahagiaan sentiasa menyerikan kehidupan cik Rahimah dan mendapat rahmat allah, amin. 
Note :-Maaf tema ana tak tahu biru bagaimana..., maka ana sediakan warna silver kerana ia boleh masuk dengan sebarang warna.
 Kek Lapis Batik Asam Manis
Lapisan atas kek adalah Milk Chocolate Selbourne manakala tulisan berwana biru adalah White Chocolate Selbourne.
Chocolate box lambang hati beserta coklat kecil di dalamnya

Sunday, December 12, 2010

SDSI 10 hingga 12 di MITC

Alhamdulillah.... Inilah booth yang kami dapat.  Terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri Melaka serta pihak-pihak berkuasa kerana sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk deliver produk kami kepada orang ramai.  Shukur kepada Allah kerana memberi rezeki yang melimpah kepada kami.
Gambar anak bersama rakan sekelas di Sek Keb Ayer Keroh. Dari siang sampai malam kawan si anak ni tunggu ana dapat menangkap gambar mereka berdua.  Maaflah agak sibuk berniaga.  Alhamdulillah..
Gambar agak kabur kerana kamera agak uzuur.. macam tuannya yang dah kepenaaatan.  Alhamdulillah kakak Shidah (di sebelah anak) (macam ibu saya) yang sudi membantu bersusah bersama kami.  Terima kasih di atas ehsan yang diberi.  Semuga allah memudahkan urusan kak Shidah sekeluarga, amin. Gambar produk tak di ambil kerana tak berkesempatan dan hari terakhir baru ada masa bergambar sekejap.

Kami menyediakan perkhidamatan untuk bunga paha pelamin di mana di gantikan telur puyuh kepada coklat dan telur ayam kepada coklat.  Hantaran yang berasaskan cokolat, doorgift, present, untuk berkat dan pelbagai lagi. 

Sunday, November 28, 2010

Pembelajaran Advance Chocolate dengan Chocolate Mould Resources Sdn Bhd. (879803V)

Atas nasihat dari Lembaga Koko Malaysia yang ingin memajukan ana... homemade chocolate... khususnya En Nazri yang banyak memberi moral support.. (maaf... lupeleee..nama ayah... bin ape ye...)

Alhamdulillah... di waktu ana perlukan rujukan... En Nazri tidak lokek masa untuk membantu... Terima kasih bebanyakk..


En Nazri yang memperkenalkan ana dengan
Chocolate Mould Resources Sdn Bhd. (879803V)  - Cikgu Amali. 
Alhamdulillah Cikgu Amali orang Melaka... Sanggup dia hantar barang ana waktu dia balik kampung tempohari.

Di sinilah ana menyambung Jurusan Advance Chocolate ana.. Alhamdulillah bersama Cef Ina yang murah dengan senyumannya... mengajar ana yang lemah ini.. Alhamdulillah di sinilah ana belajar men"generate" coklat pelbagai bentuk, teknik dan rasa..

 Terima  kasih leee... bebanyak kepada En Nazri dari LKM, Cikgu Amali dan Cikgu Ina... Semuga Allah jua yang membalasss...

Wednesday, November 17, 2010

Tempahan Perkahwinan dari Padang Jambu

Alhamdulillah...Terima kasih kepada Mrs & Mr..di Padang Jambu...Lupalah pula namanya.. Inilah dah lama tak masuk dalam blog. Gambar pun tah kemana-mana, maaflah . Tapi yang pasti Tuan/Puan yang sudi menempah door gift, dishes untuk meja pengantin, hadiah kepada keluarga pengantin lelaki, terima kasih banyak kerana memberi kepercayaan kepada kami. Walaupun kita berlainan bangsa, tetapi... kita adalah 1 Malaysia.

Tuesday, November 9, 2010

Coklat adalah satu sentuhan kasih sayang

 Gambar anak bersama Pegawai Yayasan Perwira Negeri Melaka.  Sedikit sumbangan dari kami. Beliau akan hantar sumbangan kami bersama sumbangan lain kepada Rumah Anak Yatim di Bemban, hari ini.
 Gambar anak bersama Pegawai Yayasan Pembangunan Insan Nasional (YPIN).  Sedikit sumbangan dari kami. Beliau akan hantar sumbangan kami bersama sumbangan lain kepada Rumah Anak Yatim di Sg Manggis di Banting, pada hari Raya Haji (17hb November 2010)


Dua dulang coklat untuk kanak-kanak istimewa

Sunday, November 7, 2010

Cheese Kek bersama Chef Ros Vanila

Sedap betul.... nyummyy.. Kek Cheese Bakar yang ana belajar bersama Chef Ros Vanila.  Sedap sungguh sehingga menjilat jari.
Ini gambar anak bersama Chef Ros Vanila yang sentiasa senyum bila mengajar... Tak rugi menimba ilmu masakan bersama Chef yang murah dan penyayang ni.. Yang untungnya anak manjaku... sedap ibu, sedap sangat. Terima kasih ibu... Tak berasa ralat buang duit, bila mendengar ucapan ikhlas kasih sayang dari anak manjeku... Peh... puitis le pulakk....hihihi

Saturday, October 30, 2010

Ekspo Beli Barangan Malaysia di Melaka International Trade Centre. Pada 30/10/201010

Kedai kami masih lagi kosong kerana masih tak dapat Banting iklan yang di tempah.  Anak memakai baju sejuk kerana sejuk gila di dalam situ.

 Gambar anak bersama Artis Ali Mamak.
(ehsan... gambar dari handphone booth No 2 menjual Jus Mengkudu)
 Cenderahati (yang sempat tercapai tangan... macam tak caya je, artis sudi bergambar di booth kami) dari booth kami kepada
En Ali Mamak kerana kesudian bergambar di booth kami.
(ehsan... gambar dari handphone booth No 2 menjual Jus Mengkudu)

Friday, October 29, 2010

Ekspo Beli Barangan Malaysia di Melaka International Trade Centre. Pada 29/10/201010

 Semasa Pameran Produk Malaysia di MITC pada 29hb October 2010 bersamaan hari Jumaat 2010. Gambar anak bersama Kak Roshidah yang membantu kami dengan ehsan dan kasih sayang.  Terasa ibu bersama ana sewaktu di booth Nombor 4 Chocolate 1 Malaysia







Thursday, October 28, 2010

Ekspo Beli Barangan Malaysia di Melaka International Trade Centre. Pada 28/10/2010

Ini adalah booth kami setelah di setup pukul 9 pagi
 




Gambar bersama Mr Chai iaitu Bos/officer, vendor yang incharge setup booth, electrical bagi setiap booth semasa Ekspo Beli Barangan Malaysia di Melaka International Trade Centre.  Relaks aje dan mesra alam bos ni bila dah kenal.  Terima kasihlah kerana sudi bergambar bersama anak di booth kami.