Pamoga

Saturday, October 2, 2010

Hari Karnival Jualan 30hb September 2010 di Sek Keb Ayer Keroh, Melaka

Berikut adalah coklat yang di bawa pada Hari Karnival Jualan di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka pada 30hb September 2010.  Lolichoc yang paling awal di terjah murid-murid, terlupa di ambil gambar. Muffin Coklat dan tartlet juga tak sempat di posing di sini. Maklumlah baru nak belajar berniaga tak sempat nak tangkap gambar.




 



Saturday, September 4, 2010

Dunia Chocolateku bersama Cikgu Arah pada 4hb September 2010

Hari ini bermulalah duniaku... jeng..jeng...jeng... CHOCOLATE

Pada pagi nan tenang.. ana telah gagahkan diri memandu kereta ke rumah guru chocolate...

Dari 6:40 pagi bertolak dari Melaka menuju ke sana dah pukul 11:00 masih lagi di atas jalan... Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ana yang sesat untuk mencari alamat cikgu Arah... Guide over the phone yang di beri tidak dapat membantu ana... almaklumlah teman nii  buta jalan...

Sampai ana.. beri massage give up..... bukan rezeki ana... pehhhh.... berlinangan air mata jugalah...

Si manja, cuba memujukkk...
Ibu...ibu... ibu... jangan nangis yeee...
Shukur alhamdulillah... ada si manja yang memahami dan menguatkan semangatku.

Alhamdulillah... Allah maha besar... Kesiannya kepada hambanya yang lemah ini...
Ikhsan dari cikgu Arah yang meminta husbandnya mencari ana dan membawa ana balik ke rumahnya... Terima kasih leee bebanyakk...



Alhamdulilllah....
Bermulalah... jari jemari ini memegang dan mengolah chocolate..