Pamoga

Friday, November 25, 2011

Marilah Kita Mengimarahkan Rumah Allah di Masjid Al-Azim Sabtu 26 November 2011

Salam dan selamat sejahtera kepada para pengunjung blog. Dah lama rasanya ana tak melabuhkan jemari di laman blog ini.  Semuga kita semua dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati Allah.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengihsankan kita dan memanjangkan usia untuk kita bertemu lagi.  Ana berdoa agar kita semua di panjangkan usia menyambut Tahun Baru Islam Awal Muharram 1433H.

Marilah kawan-kawan, sahabat handai, muslimin muslimah kita menghadirkan diri ke rumah Allah

di Masjid Al-Azim pada petang esok Sabtu bersamaan 26hb November 2011

bagi mengimarahkan lagi rumah Allah bagi kita mengakhirkan tahun ini bersama-sama membaca Doa Akhir Tahun.

Doa Akhir Tahun yang di baca 3 kali pada akhir waktu Asar atau boleh juga sebelum masuknya waktu Maghrib pada Sabtu ini bersamaan 26hb November 2011.
  



Maka berkatalah Syaitan :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .



Doa Awal tahun haruslah di baca selepas Maghrib Hari Sabtu ini bersamaan 26hb November 2011 sebanyak 3x. 



Maka berkatalah Syaitan :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Tuesday, October 4, 2011

Selamat Menjawab UPKK dengan tenang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Demam UPKK sekolah agama sedang melanda para ibubapa yang anakandanya di dalam darjah 5 di seluruh negeri di Malaysia minggu ini.  Walaupun tak lama hanya 4 hari iaitu Isnin hingga Khamis, tetapi..... tensiooonnn jugak ye...

Sesungguhnya Allah maha besar dan Rasulullah teramat cintakan umatnya, ana bersyukur ke hadratNYA ada juga insan-insan yang mulia ustaz dan ustazah KAFA yang sudi menabur budi membimbing anakanda-anakanda kita agar mampu mengatasi ujian kecil, dunia anakanda-anakanda kita.  Semuga Allah memudahkan segala urusan dan merahmati mereka semua, amin, amin, ya rabbal alamin.

Ana juga terpana dengan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) ini, almaklumlah... anakkkkkk ku tersayang sedang berpeluh menghadapi peperiksaan UPKK ini.  Ana juga bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih kepada JAIM yang sudi memperkenalkan ana kepada Ustaz Suhoffpi yang sudi meminjamkan buku rujukannya kepada anakanda belajar di saat akhir ini....... Subhanallah... 

Keputusan akhir tidak ana dambakan kerana adalah kesalahan ana tidak memberikan perhatian penuh kepada UPKK ini....

Maha besar Allah, Puji dan Syukur kepada Rasul tercinta.  Alhamdulillah dan Terima kasih, kerana sudi mengutuskan insan yang rendah hatinya membantu kami.... Inilah ajaran Nabi Muhammad, lagi banyak ilmu kita dan lagi banyak kita memiliki maka lagi lah kita merendah hati... Sungguh cantik dan indah sekali.  Semuga Allah mempermudahkan segala urusannya dan merahmatinya.

Anak- anak adalah harta akhirat kita, maka haruslah kita bijak dan bertanggung jawab memberikan, mencarikan ilmu dunia dan akhirat buat anakanda-anakanda kita yang dikasihiiii.  Berilah perhatian dan keluarkanlah modal (RM, kudrat, solat, doa dan sebagainya) untuk mereka sesungguhnya modal kita ni lah yang akan menentukan masa depan anakanda-anakanda kita.

Ya Allah, aku serahkan diriku, keluargaku, anakku, hartaku kepada Mu, tolonglah kami, permudahkanlah urusan anakku, semuga dia dapat menjawab UPKK dengan tenang dan betul.  Sesungguhnya kami tidak berdaya tanpa izinmu, amin, amin, ya rabbal alamin.

Tuesday, August 30, 2011

Pengedar Pamoga di Melaka

Selamat Hari Raya dari Lovehomemade buat semua pelajar-pelajar dan para pengunjung.  Di kesempatan ini, ana menyusun jari jemari memohon maaf sekiranya ada kesalahan yang ana lakukan di sepanjang perkenalan kita di blog ini mahupun di dalam kelas.

Semuga Syawal ini membawa sepenuh kegembiraan dan kemenangan kita sebagai umat islam yang berjaya melawan nafsu menunaikan fardu Ramadhan yang telah berlalu.

Suka ana maklumkan di sini bahawa kepada para pengunjung yang ingin mendapatkan ubat atau makanan kesihatan yang di ekstrak dari buah syurga iaitu delima boleh dapatkan PAMOGA dari ana Pengedar bagi kawasan Melaka.  Insya'allah dengan izin Allah dan usaha para pesakit akan mendapat kebaikan dan semuga sihat selepas memakan PAMOGA ini.






Tuesday, May 17, 2011

Rehatkan Minda

Alhamdulillah...


Lega rasa di hati bila dah lihat Final Projek student ana.... Boleh lee... sesapa yang nak tempah coklat...

Tunggu Kumpulan 1 untuk present Final Projek mereka... 
Apa ye gamaknya...

Saturday, May 14, 2011

Final Project Group 2

Today is a beautiful day....
Do you know why???

Ahaaaa..
Today is a day that I really want to know what will be my student present to me and the Koledge for their final project... ohhhh...

I wish Allah will bless and help them to fullfill their final project...amin.

Hari ini dengan penuh semangat.. pelajar-pelajar ana yang berdedikasi ini telah membuat Projek Akhir Chocolate mereka






  

Ini adalah hasil tangan pelajar ana dari Sabah... Menarik sungguh.. yang kecil tu Doraemon... Comel sangat-sangat...

Gambar Pelajar Chocolate Kumpulan  2


Inilah Gubahan Bunga Chocolate yang buat dan di gubah oleh Kumpulan 2

Ini adalah gambar anak bersama Pn Datin Sakinah Penyelaras Bahagian Kulinari - khas buat Kolej hasil tangan Pelajar Kumpulan 2
Chocolate. Projek Akhir Kumpulan 2

Berakhir sudah tugas ana terhadap kumpulan pelajar ini. 
Semuga ilmu yang ana curahkan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar ana.

Sesungguhnya...
Ilmu ini milik Allah yang dipinjamkan kepada ana.

If anybody love the chocolate that my student do... please don't hesitate to make your order...